Wednesday, 14 August 2013

Hakikat Solat Highlander


Sibuk manusia di sekelilingku mengajak aku solat terutamanya Solat Hari Raya, aku berdiam sambil tersenyum. maka aku luahkan segala titisan ilmu Allah di dalam minda zahirku di sini tentang Solat Highlander2u.

HAKIKAT SOLAT :
Ertinya berdiri menyaksikan diri sendiri..kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita..  Hanya diri batin (Allah) dan diri zahir kita (Muhammad) yang membawa dan menanggung rahsia Allah SWT. 

Hal ini terkandung dalam surat Al-Fatihah iaitu: "Alhamdu" (Alif, Lam, Ha, Mim, Dal). Kalimah alhamdu ini diterima ketika Rasulullah isra’ dan mi’raj dan mengambil pengertian akan hakikat manusia pertama yang diciptakan Allah SWT iaitu  Adam AS. 

Tatkala Roh (diri batin) Adam AS. sampai ketahap dada, Adam AS pun bersin dan berkata "alhamdulillah" yang bererti segala puji bagi Allah. Apa yang dipuji adalah Zat (Allah), Sifat (Muhammad), Asma’(Adam) dan Afa'al (Manusia).

Jadi solat itu bukan bererti menyembah, tetapi adalah suatu istiadat penyaksian diri sendiri dan sesungguhnya tiada diri kita.. ianya adalah diri Allah semata. Kita menyaksikan bahawa diri kitalah yang membawa dan menanggung rahsia Allah SWT dan tiada sesuatu pada diri kita hanya rahsia Allah semata, serta tiada sesuatu yang kita punya kecuali Hak Allah semata.

Sesuai dengan firman Allah dalam surat Al-Ahzab 72; 

                                         ﯟ ﯠ ﯡ ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧ ﯨ ﯩ ﯪ ﯫ 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ
{72} Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat (sanggup) menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya, sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil.

Dan kerana firman Allah inilah kita mengucap “Asyhaduanlla Ilaaha Illallah Wa Asyahadu Anna Muhammadar Rasulullah” yang bererti "kita bersaksi dengan diri kita sendiri bahawa tiada yang nyata pada diri kita sendiri hanya Allah semata-mata dengan tubuh zahir kita sebagai tempat menanggung rahsia Allah dan akan menjaganya sampai pada masa yang telah ditentukan".

Manusia akan berguna di sisi Allah jika dapat menjaga amanah Rahsia Allah dan berusaha mengenal dirinya sendiri. Bila manusia dapat mengenal dirinya maka ianya dapat mengenal Allah. Hadits Qudsi…. “MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU” yang bererti "barangsiapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal Allah".  Alif itu bererti niat sembahyang, Lam itu ertinya berdiri, Ha itu bererti ruku' dan Mim itu ertinya duduk.

Perkataan pertama dalam sembahyang itu adalah "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar). Perkataan ini diambil daripada peringatan ketika sempurnanya roh diri Rahsia Allah itu dimasukkan ke dalam tubuh Adam AS dan berusaha berdiri sambil menyaksikan keindahan tubuhnya dan sambil berkata "Allahu Akbar" (Allah Maha Besar).

Di dalam sembahyang haruslah memenuhi 3 syarat iaitu Fiqli (perbuatan), Qauli (bacaan) dan Qalbi (hati, roh atau qalbu).

MENGAPA KITA SEMBAHYANG SEHARI SEMALAM 17 RAKAAT :
Adalah mengambil pengertian sebagai berikut : Hawa, Adam, Muhammad, Allah dan Ah.
1. AH itu menandakan sembahyang subuh.......”2” rakaat iaitu Zat dan Sifat,
2. ALLAH itu menandakan sembahyang Zohor “4” rakaat iaitu Wujud, Alam, Nur dan Syahadah.
3. MUHAMMAD itu menandakan sembahyang Asar “4” rakaat iaitu Tanah, Air, Api dan Angin.
4. ADAM itu menandakan sembahyang Magrib “3” rakaat iaitu Ahda, Wahda, dan Wahdia.
5. HAWA itu menandakan sembahyang Isya “4” rakaat iaitu Mani, Manikam, Madi, dan DI.

MENGAPA KITA MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT 9 KALI DALAM 5 WAKTU SEMBAHYANG:
Sebab diri batin manusia mempunyai 9 wajah. Dua kalimah syahadat pada sembahyang:
SUBUH 1 kali itu memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIRU SIRR (Rahsia di dalam Rahsia).
ZOHOR 2 kali itu memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat SIR dan AHDAH,
ASAR 2 kali pula memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat WAHDA dan WAHDIA,
MAGHRIB 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat AHAD dan MUHAMMAD,
ISYA' 2 kali memberi kesaksian pada wajah kita pada martabat MUSTAFA dan MUHAMMAD

MENGAPA KITA HARUS BERNIAT DALAM SEMBAHYANG
Kerana: niat itu merupakan kepala sembahyang. Hakikat niat letaknya pada martabat aliff ataupun kalbu manusia. Di dalam sembahyang itu kita lafazkan niat di dalam hati “aku hendak sembahyang menyaksikan diriku kerana Allah semata-mata.” Dalilnya "LA SHALATAN ILLA BI HUDURIL QALBI" yang bererti "tidak sah solatnya kalau tidak hadir hatinya (Qalbunya)". "LAYASUL SHALAT ILLA BIN MA’RIFATULLAH".  Ertinya "tidak sah solat tanpa mengenal Allah". "WAKALBUL MU’MININ BAITULLAH". Ertinya "jiwa orang mu’min itu rumahnya Allah". "WANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ ". Ertinya "Aku (Allah) lebih dekat dari urat nadi lehermu". "IN NAMAS SHALATU TAMAS KUNU TAWADU’U ". Ertinya "hubungan antara manusia dengan Tuhannya adalah cinta". Cintailah Allah Yang Karena Allah Engkau Hidup Dan Kepada Allah Engkau Kembali. (H.R. Tarmizi). "AKI MIS SHALATA LI ZIKRI" yang bererti "dirikan solat untuk mengingat Allah" (QS. Taha : 145). Sedangkan Al-Fatihah ialah merupakan tubuh sembahyang, Tahayat ialah merupakan hati sembahyang dan Salam ialah merupakan kaki tangan sembahyang.

HAKIKAT AL-FATIHAH DALAM SOLAT
Iaitu bagi membersihkan hati daripada syirik kepada Allah SWT dan mengingatkan kita bahawa tubuh manusia itu mempunyai 7 lapis susunan jasad iaitu bulu, kulit, daging, darah, tulang, lemak dan lendir. 7 ayat dalam Al-Fatihah merupakan tawaf 7 kali keliling ka'abah.

HAKIKAT ALLAHU AKBAR DALAM SOLAT
Mengambil makna ucapan Nabi Adam AS. ketika berdiri menyaksikan dirinya sendiri dan Nabi Adam A.S mengucap kalimah 'Allahu Akhbar'. Peristiwa ini merupakan tajjali (perpindahan) diri rahsia Allah sehingga dapat di tanggung oleh manusia dengan 4 perkara iaitu Wujud, Ilmu, Nur dan Syahadah. Perkataan "Allah" pada 'Allahu Akhbar' mengandungi makna atau martabat zat, sedangkan perkataan “Akhbar” pada 'Allahu Akhbar' mengandungi makna atau martabat sifat. Jadi zat dan sifat itu tidak boleh berpisah. Zat dan Sifat sama-sama saling puji memuji.

HAKIKAT ZAKAT DI DALAM SOLAT 
Hakikat zakat dalam solat ialah mengandungi makna “Pembersih hati“ daripada syirik kepada Allah SWT.
  ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ    
{5} Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

HAKIKAT PUASA DALAM SHALAT
Tidak boleh makan dan minum, mata berpuasa, telinga berpuasa, kulit berpuasa dan hati berpuasa.

No comments: