Friday, 16 August 2013

Ma'arifat


APAKAH MA’RIFAT?
Adapun makrifat itu rahsianya ialah mengenal Zat Allah dan Zat Rasulullah, oleh kerana itulah makrifat dimulakan dengan;
1. Ma’rifat diri yang zahir.  
2. Ma’rifat diri yang batin.  
3. Ma’rifat Tuhan. 

APA GUNA MA’RIFAT?
Adapun guna ma’rifat kerana mencari HAKIKAT iaitu mengenal yang Qadim dan mengenal yang baru sebagaimana kata: "AWALUDDIN MAKRIFATULLAH"  yang bererti "awal agama mengenal Allah".

Maksudnya mengenal yang mana Qadim dan yang mana baru serta dapat mengenal yang Qadim dan yang baru, maka dapatlah membezakan diantara Tuhan dengan hamba.

KATA-KATA (AMANAT) GURUKU ABU DARSAN
Sesungguhnya hati ini sewaktu bayi sehingga aqil baligh diibaratkan bunga yang sedang menguntum, tidak ada seekor ulat atau kumbang yang dapat menjelajahnya! Apabila dewasa (aqil baligh) maka hati itu diibaratkan bunga yang sedang mengembang, maka masuklah ulat dan kumbang menjelajah bunga itu!

Sesungguhnya amalan ma’rifat dan zikir yang di bai'ah itu adalah untuk membersihkan hati agar dapat menguntum semula seperti hati kanak-kanak yang suci bersih!

Hati ini juga seperti satu bekas menyimpan gula yang tertutup rapat dan dijaga dengan baik! Sekiranya tutup itu tidak dijaga dengan baik atau tutupnya sudah rosak, maka masuklah semut hitam yang sememangnya gula itu adalah makanannya! 

PEPERANGAN 
Peperangan yang lebih besar dari perang UHUD, KHANDAK dan lain-lain peperangan ialah "Peperangan dalam diri sendiri (Hati)", setiap saat denyut jantungku ini, aku akan terus berperang. Sesungguhnya iblis itu menanti saat dan ketika untuk merosakkan anak Adam ! Sekiranya aku tidak ada bersenjata (zikir), nescaya aku pasti kecundang! Keluar masuk nafas anak Adam adalah zikir! 6,666 sehari semalam nafas keluar dan masuk, sekiranya anak Adam tidak bersenjata, pasti beliau kecundang! 

ASAL USUL MA’RIFAT  
Rasulullah SAW mengajar kepada sahabatnya Saidina Ali Karamullah. Saidina Ali Karamullah mengajar kepada Imam Abu Hassan Basri. Imam Abu Hassan Basri mengajar kepada Habib An Najmi. Habib An Najmi mengajar kepada Daud Attaie. Daud Attaie mengajar kepada Maaruf Al Karhi. Maaruf Al Karhi mengajar kepada Sirris Sakatari. Sirris Sakatari mengajar kepada Daud Assakatar. Daud Assakatar mengajar kepada Al-Junidi. Maka Al-Junaidi yang terkenal sebagai pengasas MA’RIFAT.

Maka pancaran ma’rifat itu dari empat sumber iaitu: 
a. Pancaran daripada sumber SULUK yang dinamakan Ma’rifat Musyahadah.  
b. Pancaran daripada sumber KHALUAT yang dinamakan Ma’rifat Insaniah.  
c. Pancaran daripada Inayah yang dinamakan ROHANI.  
d. Pancaran daripada Pertapaan yang dinamakan JIRIM. 

Maka daripada sumber amalan itulah terbit makrifat yang tinggi dan mempunyai rahsia yang sulit.

catatan ini adalah dari sahabatku NEO

1 comment:

Unknown said...

KESIMPULAN

Ma'rifat itu adalah mengenal, maka ma'rifatullah itu ertinya mengenal Allah. Jalan untuk mengenal Allah itu dengan cara mengenal diri dahulu. Bagi diri yang zahir ini, sememangnya ramai yang berpendapat bahawa masing-masing telah mengenali diri kerana kewujudan @ keberadaan diri itu nyata terlihat dan terpandang oleh kedua-dua biji mata zahir ini. Oleh itu, kebanyakkan manusia yang hidup di bumi Allah ini sering terlepas pandang kepada diri sebenar diri iaitu DIRI ROHANIAHnya kerana punca segala punca adalah diri yang berada di dalam diri itu sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bererti, "Di dalam jasad manusia itu ada seketul daging. Sekiranya daging itu kotor, maka kotorlah keseluruhannya dan begitulah sebaliknya, iaitu hati (qalbu)."

Apabila dibicarakan tentang ma'rifat, kebanyakan manusia itu menganggap bahawa ketinggian ilmu ini di luar kefahaman akal dan cukuplah hanya duduk di dalam ilmu @ maqam syariat sahaja sedangkan kesempurnaan Iman itu adalah terletak kepada Ilmu dan Ilmu itu pula akan membawa kepada TAHU (pengetahuan). Maka, akan tidak bersalahan amalan @ perbuatan itu sekiranya berilmu.

Jasad hanyalah kulit @ luaran. Keberadaan jasad itu hanyalah perhiasan dan lakonan semata. Kewujudannya jasad itu adalah hasil dari nyatanya makhluk yang diciptakan Allah. Maka perlulah dijaga amanah Allah itu sebaik-baiknya. "Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (jasad)nya rohNya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." surah As-sajadah : 9.

Oleh yang demikian itu perlulah mengenal Allah dengan mengenal diri rohaniah itu melalui diri jasad ini. Allahu Ahad.