APAKAH
MA’RIFAT?
Adapun makrifat itu rahsianya ialah
mengenal Zat Allah dan Zat Rasulullah, oleh kerana itulah makrifat dimulakan
dengan;
1. Ma’rifat diri yang
zahir.
2. Ma’rifat diri yang
batin.
3. Ma’rifat Tuhan.
APA GUNA MA’RIFAT?
Adapun guna ma’rifat kerana mencari
HAKIKAT iaitu mengenal yang Qadim dan mengenal yang baru sebagaimana kata: "AWALUDDIN
MAKRIFATULLAH" yang bererti "awal agama
mengenal Allah".
Maksudnya mengenal yang mana Qadim
dan yang mana baru serta dapat mengenal yang Qadim dan yang baru, maka dapatlah
membezakan diantara Tuhan dengan hamba.
KATA-KATA (AMANAT) GURUKU ABU DARSAN
Sesungguhnya hati ini sewaktu bayi
sehingga aqil baligh diibaratkan bunga yang sedang menguntum, tidak ada seekor
ulat atau kumbang yang dapat menjelajahnya! Apabila dewasa (aqil baligh) maka
hati itu diibaratkan bunga yang sedang mengembang, maka masuklah ulat dan
kumbang menjelajah bunga itu!
Sesungguhnya amalan ma’rifat dan
zikir yang di bai'ah itu adalah untuk membersihkan hati agar dapat menguntum
semula seperti hati kanak-kanak yang suci bersih!
Hati ini juga seperti satu bekas
menyimpan gula yang tertutup rapat dan dijaga dengan baik! Sekiranya tutup itu
tidak dijaga dengan baik atau tutupnya sudah rosak, maka masuklah semut hitam
yang sememangnya gula itu adalah makanannya!
PEPERANGAN
Peperangan yang lebih besar dari
perang UHUD, KHANDAK dan lain-lain peperangan ialah "Peperangan dalam diri
sendiri (Hati)", setiap saat denyut jantungku ini, aku akan terus
berperang. Sesungguhnya iblis itu menanti saat dan ketika untuk merosakkan anak
Adam ! Sekiranya aku tidak ada bersenjata (zikir), nescaya aku pasti kecundang!
Keluar masuk nafas anak Adam adalah zikir! 6,666 sehari semalam nafas keluar
dan masuk, sekiranya anak Adam tidak bersenjata, pasti beliau kecundang!
ASAL USUL MA’RIFAT
Rasulullah SAW mengajar kepada
sahabatnya Saidina Ali Karamullah. Saidina Ali Karamullah mengajar kepada Imam
Abu Hassan Basri. Imam Abu Hassan Basri mengajar kepada Habib An Najmi. Habib
An Najmi mengajar kepada Daud Attaie. Daud Attaie mengajar kepada Maaruf Al
Karhi. Maaruf Al Karhi mengajar kepada Sirris Sakatari. Sirris Sakatari
mengajar kepada Daud Assakatar. Daud Assakatar mengajar kepada Al-Junidi. Maka
Al-Junaidi yang terkenal sebagai pengasas MA’RIFAT.
Maka pancaran ma’rifat itu dari empat
sumber iaitu:
a. Pancaran daripada sumber SULUK
yang dinamakan Ma’rifat Musyahadah.
b. Pancaran daripada sumber KHALUAT
yang dinamakan Ma’rifat Insaniah.
c. Pancaran daripada Inayah yang
dinamakan ROHANI.
d. Pancaran daripada Pertapaan yang
dinamakan JIRIM.
Maka daripada sumber amalan itulah terbit
makrifat yang tinggi dan mempunyai rahsia yang sulit.
catatan ini adalah dari
sahabatku NEO
1 comment:
KESIMPULAN
Ma'rifat itu adalah mengenal, maka ma'rifatullah itu ertinya mengenal Allah. Jalan untuk mengenal Allah itu dengan cara mengenal diri dahulu. Bagi diri yang zahir ini, sememangnya ramai yang berpendapat bahawa masing-masing telah mengenali diri kerana kewujudan @ keberadaan diri itu nyata terlihat dan terpandang oleh kedua-dua biji mata zahir ini. Oleh itu, kebanyakkan manusia yang hidup di bumi Allah ini sering terlepas pandang kepada diri sebenar diri iaitu DIRI ROHANIAHnya kerana punca segala punca adalah diri yang berada di dalam diri itu sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bererti, "Di dalam jasad manusia itu ada seketul daging. Sekiranya daging itu kotor, maka kotorlah keseluruhannya dan begitulah sebaliknya, iaitu hati (qalbu)."
Apabila dibicarakan tentang ma'rifat, kebanyakan manusia itu menganggap bahawa ketinggian ilmu ini di luar kefahaman akal dan cukuplah hanya duduk di dalam ilmu @ maqam syariat sahaja sedangkan kesempurnaan Iman itu adalah terletak kepada Ilmu dan Ilmu itu pula akan membawa kepada TAHU (pengetahuan). Maka, akan tidak bersalahan amalan @ perbuatan itu sekiranya berilmu.
Jasad hanyalah kulit @ luaran. Keberadaan jasad itu hanyalah perhiasan dan lakonan semata. Kewujudannya jasad itu adalah hasil dari nyatanya makhluk yang diciptakan Allah. Maka perlulah dijaga amanah Allah itu sebaik-baiknya. "Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (jasad)nya rohNya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." surah As-sajadah : 9.
Oleh yang demikian itu perlulah mengenal Allah dengan mengenal diri rohaniah itu melalui diri jasad ini. Allahu Ahad.
Post a Comment