Wednesday, 14 August 2013

Penyatuan 'aku' dan 'Aku', Matikan diri sebelum mati


Jiwa / Diri adalah kehidupan yang ada pada setiap diri, dalam bahasa arab disebutkan dengan kata “NAFS” yang bermaksud Jiwa / Diri.

Sebagaimana Allah berfirman;

ﭡ ﭢ ﭣ ﭤﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪﭫ ﭬ ﭭ ﭮﭯ ﭰ ﭱ
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya {27} Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! {28} Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia {29} Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku! {30}. Surah Al-Fajr:27-30

Jiwa / Diri adalah suatu kesatuan antara ruh dan jasad. Semasa ruh nasab / misra kepada sekalian batang tubuh / jasad, maka bernamalah ia dengan Jiwa / Diri.

Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari seorang Awliya Allah dan termasuk ulama besar di Kalimantan Selatan yang berguru kepada Syeikh Mursyid Muhammad Saman Al-madani Al-hasani di Kota Madinah salah seorang zuriat daripada baginda Rasulullah s.a.w yang juga sebagai penjaga makam nabi menyatakan:
"Bahawa sebenar-benarnya Diri itu adalah Ruh, sebenar-benarnya Ruh itu adalah Nafs/Jiwa, sebenar-benarnya Nafs/Jiwa itu adalah naik turun nafas, naik turun nafas itu adalah Sir / Rahsia dan yang dikatakan Sir / Rahsia itu adalah Nur Muhammad s.a.w." 

Benar sekali... rasakanlah naik turunnya nafas itu kerana nafas itu adalah Sir / Rahsia antara insan dengan Tuhannya. Dengan seiringnya bermusyahadah maka anda akan semakin sedar bahawa diri anda adalah sangat dekat dengan Tuhan.

Rasulullah s.a.w bersabda; Matikan diri kamu sebelum Mati”. Sungguh manusia itu tidak akan sampai kepada Tuhannya selama keDIRIan / keEGOan / keAKUannya masih melekat pada dirinya. Oleh itu matikanlah keDIRIan / keEGOan / keAKUan itu hingga muncul kesedaran bahawa saya tidak terdaya melakukan ini dan itu melainkan berserta Allah.

Bagaimana agar keDIRIan /keEGOan / keAKUan mati?
Iaitu dengan mengenal diri sebenar-benar diri. Jika sudah dikenal diri sebenar-benarnya diri, maka akan dikenalilah Tuhan yang bernama ALLAH itu.

Jika kita telusuri perjalanan Nafs itu sendiri terbagi 7 tingkatan Nafs;

Pertama: 3 Nafs yang harus dileburkan dan dimatikan iaitu ”Nafs Amarah, Nafs Lawwamah dan Nafs Mulhammah”

Kedua: 1 Nafs yang dipelihara kesuciannya iaitu “Nafsul Mutma’innah” dan…

Ketiga: 3 Nafs yang dianugerahkan Allah kepada mereka yang berwaspada pada Nafsul Mutmainnah iaitu “Nafs Rodiyah, Nafs Mardiyah dan Nafs Kamaliyah”

Dan ketujuh-tujuh Nafs itu telah disimpulkan di dalam Surah Al-Fatihah iaitu sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadith Qudsi bahawa Allah telah berfirman; “Aku turunkan kepadamu tujuh ayat yang berulang-ulang, tiga diantaranya adalah bagi-Ku (Hak-KU), satu diantaranya iaitu penghubung antara Aku dan kamu dan tiga diantaranya bagimu.

Tiga bagiKu iaitu:
ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ    ﭛ ﭜ ﭝﭞ ﭟ ﭠ ﭡ
Satu antara Aku dan engkau:
ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ
Tiga bagimu ialah:
ﭧ ﭨ ﭩ ﭪﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ

Dan masih banyak sekali pemahaman ilmu dari surah Al-Fatihah itu yang jika dituliskan sekiranya habis air lautan dijadikan tintapun, maka belum cukup untuk menuliskan ilmu Allah Ta’ala.



No comments: