ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku." Surah Thaahaa:14
Sudah menjadi tradisi bagi setiap muslim di dunia ini bahawa setiap mereka melaksanakan solat, maka yang terbenak dalam fikiran adalah penyembahan / menyembah. Entah daripada mana bahasa itu berasal tetapi yang jelas hampir seluruh umat muslim meyakini bahawa kita harus menyembah kepada Allah. Sedar atau tidak sedar jika tertanam pada diri kita untuk menyembah Allah dalam amal ibadah maka yang terjadi adalah suatu ”personal”. Padahal telah diketahui dan diyakini oleh kaum muslim bahawa Allah adalah “Laisa Kamitslihi Syai’un” iaitu tidak boleh dimisalkan dengan sesuatu apapun atau lain daripada yang lain.
Kata-kata “Menyembah / Penyembahan”, maka masih mampu dimisalkan dengan seseorang yang menyembah kepada sesuatu misalnya patung, tumbuhan, matahari, api dan sebagainya yang mana ada sesuatu “objek” yang berada di luar atau di depan atau di atas atau di kanan atau di kiri daripada diri si penyembah. Lalu apakah perbezaannya dengan mereka yang menyembah patung, pohon, matahari, api dan lain-lain? Melihat ataupun tidak melihat akan yang di sembah, ianya tetap saja bertentangan dengan Tauhid yang sebenarnya. Tauhid itu bukanlah penyembahan melainkan kesadaran akan keesaan Allah s.w.t.
Kesadaran akan keesaan Allah s.w.t. itu mutlak dan tidak mampu diganggu-gugat, kerana Allah Muhitum Fil ‘Aaalamiin yang bereti Allah meliputi sekalian alam. Tetapi jika diandaikan dengan menyembah, maka ia menunjukkan bahawa Allah itu adalah suatu “objek” yang berada di suatu tempat yang berada nun jauh di sana….., Ada yang meyakini bahawa Allah bersemayam di atas Arasy yang berada di atas langit ke tujuh. Salahkah jika dikatakan demikian…??? Benar dan tidak salah tetapi yang salah adalah penafsiran pada ayat tersebut. Apalagi ayat tersebut terdapat dalam Al-Quran, bererti itu sudah benar adanya. Tetapi…jika salah menafsirkan maka salah pula keyakinan yang ada. Bahasa al-Qur’an adalah qalam Allah / suara Allah, tentunya tidak mungkin dicela dengan akal fikiran manusia.
Akal fikiran manusia itu terbatas dan juga akal itu dicipta. Sesuatu yang tercipta itu adalah baru dan tidak kekal. Sesuatu yang baru dan tidak kekal itu mengetahui Hakikat sebenarnya daripada kata-kata / firman / suara Allah yang terdapat di dalam Al-Qur’an…???
Jika akal mencerna lalu menafsirkan hanya sebatas kata-kata yang menurut akal fikiran semata, maka nyata salahlah penafsiran yang demikian kerana Allah itu Laisa Kamitslihi Syai’un, bagaimana mungkin ianya dikatakan berada di suatu tempat, sedangkan Allah tidak terikat oleh ruang dan waktu. Ruang dan waktu menunjukkan tempat, dan hanya makhluklah yang berada dan terikat oleh ruang dan waktu sedangkan Allah tidak bertempat tetapi yang memiliki dan menguasai setiap tempat serta pengetahuan Allah meliputi setiap ruang dan waktu ( tempat ).
Pada pandangan TAUHID dan TASAUF atau MA’RIFATULLAH, barangsiapa yang menyembah Allah maka mereka berada dalam kekufuran kerana telah menyamakan Allah dengan “sesuatu” yang berada di suatu tempat.
Para Arifbillah ( yang mengenal akan Allah ), menilik kata-kata “MENYEMBAH” itu bukanlah suatu “PENYEMBAHAN” melainkan “KESADARAN akan keesaan Allah s.w.t. yang tidak bertempat tetapi memiliki dan menguasai setiap tempat serta pengetahuan Allah meliputi setiap ruang dan waktu ( tempat )”.
Jadi, mendirikan solat adalah untuk mengenal akan ALLAH MAHA BESAR ( ALLAHU AKBAR ) yang akan menyuburkan kesadaran bahawa benarlahlah Allah itu esa, tiada sekutu bagi-Nya, tidak bertempat tetapi memiliki dan menguasai setiap tempat serta pengetahuan-Nya meliputi tiap-tiap sesuatu.
Renungkanlah, mengapa pada saat takbiratulihram mengangkat kedua belah tangan dan mengatakan “ALLAHU AKBAR”. Ternyata Itu adalah tanda dan bukti bahawa dalam penyerahan diri itu akan tumbuhlah kesadaran bahawa “Ya benar!", Allah Maha Besar Dan Meliputi.."
1 comment:
Penyalahgunaan pada istilah boleh menyebabkan kekufuran dan kekufuran itu hendaklah dijauhkan. Sembah, solat dan abdi adalah perkara yang berbeza mengikut tafsiran. Maka hati-hatilah dengan penafsiran oleh akal yang kurang berilmu. Maka ilmu itulah keperluan bagi pengetahuan yang benar. Ilmu itu milik Allah dan Allah itulah Yang Maha Mengetahui.
Post a Comment