Apakah maksud percaya / beriman kepada Al
Quran?
Maksud
beriman kepada Al Quran itu adalah, ‘hendaklah kita mendahulukan Allah
berbanding diri kita sendiri’
Al Quran
itu adalah kalam Allah, kalam Allah itu adalah perkataan Allah yang bererti di
sini, hendaklah kita mendahulukan kata-kata dan ketetapan Allah berbanding
daripada kata-kata dan ketetapan akal kita. Yang dikatakan kita beriman kepada
Al Quran, bermakna kita dikehendaki mendahulukan ketetapan Allah berbanding
dengan ketetapan yang kita tetapkan.
Apa yang
berlaku ke atas diri kita itu hendaklah difahami bahawasanya ketetapan Allah
itu telah mendahului kejadian apa yang berlaku. Sebelum kita rugi dalam
perniagaan, sebelum kita putus kasih, sebelum bercerai atau sebelum kita mati
itu, sesungguhnya Allah telah merugikan kita sebelum kita rugi. Sebelum kita
putus tunang, putus kasih atau bercerai itu, sesungguhnya kita telah diputus
atau diceraikan oleh Allah mendahului putus atau bercerainya kita. Sememangnya
sebelum kita lahir, Allah telah melahirkan kita di dalam IlmuNya.
Sebelum
kita mati, sesungguhnya kita itu telah dimatikan Allah di dalam IlmuNya.
Sebelum kita masuk syurga atau neraka itu, sesungguhnya Allah sudah terlebih
dahulu memasukkan kita ke dalam neraka atau syurga.
Kata-kata
Allah itu, sesungguhnya telah mendahului kata-kata, niat atau kehendak kita.
Maka, redha dan ikhlaslah di dalam menerima segala cubaan atau musibah yang
berlaku. Beriman kepada Al Quran itu, adalah mendahulukan kata-kata Allah
berbanding kata-kata kita, mendahului ketetapan Allah sebelumnya berbanding apa
yang berlaku. Segalanya di atas kehendak dan ketetapan Allah sahaja. Tiada
lainnya selain Allah. Allahu Ahad, Allahu Akbar.
Oleh Tuan Guru Haji
Shaari
No comments:
Post a Comment